
Banyak diantara kita
mungkin pernah mengalami masalah keuangan . Selain dari usaha yang sungguh-sungguh, ada beberapa amalan yang boleh
dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki,
tetapi sekedar memberi panduan yang bermanfaat.Yang penting percayalah bahwa rezeki itu dari Allah SWT.
1. Mencari Rezeki Dengan Bersedekah
Banyak yang tidak tahu bahwa amalan
bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si
pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud
sama sekali mengurangkan uang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan
kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebuah balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang
peminta sedekah yang mengharapkan sedikit uang untuk membeli makanan?
Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah uang yang kita
berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan
sekecil-kecil uang yang kita miliki, Memberi Rp 1.000 contohnya untuk
diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan uang kepada dia.“
Usaha bersedekah dengan cara ini karen
ia salah. Karena niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya
memberi sedikit uang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu
yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 1000 saja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas.
ikhlaskan dalam hati sebaik mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah
tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera
beredar. Atau merasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan uang
itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah
disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima
sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk
perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam
masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka
memberikan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi
sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku
ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu
tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding
mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Baqarah: 274]Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita
yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku
yang ingin dibuang? Sebaiknya, bersedekahlah dengan uang atau barang
yang masih baik dalam keadaan yang baik pula. Bukannya dari barang yang ingin
dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada
mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang)
yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan
seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana
kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat
perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima merasa gembira.
Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah
hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan
mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Mencari Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan
lupa untuk berdoa. Apa saja tindakan yang diiringi doa, akan
diketahui oleh Allah SWT. Berdoa dan meminta adalah sifat semula
jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari
oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat.
Sebelum memulai kerja, lakukan sedikit
doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan
niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mau adalah
dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli
perniagaan Muslim. Sehingga ada yang mengamalkan solat sunat ini
seperti sebahagia solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang
memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu,
InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan
magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dimohon akan
segera menjengah kita.
0 komentar:
Posting Komentar